Assalamualaikum semua,
Hari ni baru balik dari kursus yg banyak memberi inspirasi. Penceramah berkata hidup ini wajib ada inspirasi utk kita terus bersemangat meneruskan hidup kita..tambah energy tambah big why utk terus move on .Sedikit perkongsian apa yang saya dapat dari perkongsian semalam.Banyak sangat, cuma utk hari ni saya kongsi 1 ye
Selepas pemergian abg ipar saya 1/7/2018 yang lalu,saya dan kakak serta ahli keluarga juga berasa" lost" dan blur. Rupanya hari ini sudah hampir 1 bulan,kami masih rasa memory arwah dan kebaikkannya terus menerus ditunjuk satu persatu, hari demi hari. Setiap kejadian yg berlaku dan luahan ahli keluarga,kawan2 buat kami terfikir:
Banyaknya kebaikan dan manafaat yang arwah telah beri dalam hidupnya dan hidup orang lain. Allah yang maha baik ini juga telah mempermudah segalanya.
Kami redho atas pemrgiannya cuma energy untuk terus berusaha di dunia ini jadi sedikit tawar dan sgt down. Pelbagai cabaran dan kemudahan yg Allah berikan buat kita merasa Allah adalah sangat baik hanya kita lupa berterima kasih dan terus merenung diri ini .
Nota diatas adalah satu kata2 yg mendalam. Saya tidak perasan selama ini dan ia membuat hati dan fikiran saya diketuk dan timbul macam2 persoalan
Kenapa aku dilahirkan?
Apa tujuan aku hidup?
- Apa manafaat yg telah aku beri dari aku hidup sampai 38 tahun ni pada diri aku,keluarga dan umat nabi Muhammad semua? Ada ke x ada...?
Kapal pun tahu tujuan hidupnya..inikan aku sebagai manusia terbaik ciptaan Allah masih blur dengan apa yang Tuhan nak dari aku. Mungkin aku tahu tapi bagaimana nak implement atau buat tindakan selanjutnya masih samar .
Apa yg aku mampu kongsi dan beri manafaat,supaya aku juga seperti kapal yang penuh berani mengadaikan segalanya walaupun nyawanya hancur atau kebarangkalian kapal terus karam dalam lautan? Kapal pun tidak mahu terus berada di pelabuhan, kerana ia nak terus beri manafaat utk semua umat. Dakwah Islam juga dulu2 datang dari pedagang Islam,arab, india dan cina.Mula2 dulu kapallah menjadi pengangkutan utama..Lebih banyak manafaat kapal dari aku seorang manusia..aku malu dengan Kapal ini.
Kapal sehebat spt Titanic adalah sebuah kapal yg menjadi keagungan dunia pada masa dulu..ia boleh selamat dan kekal kuat diatas pelabuhan utk tontonan dunia...tetapi apa ERTINYA jika ia hanya menjadi tontonan dan duduk dipelabuhan supaya sentiasa selamat. Tujuan kita membina kapal adalah ingin membawanya ketengah lautan dan mencipta journey dan story penuh warna warni dan unexpected story dan untuk terus mencabar kapal itu dimanakah had limit kemampuannya ...apa kejayaan dan apa kekurangan..memberi manafaat kepada semua manusia lain dengan kehebatannya..bukan hanya ambik langkah selamat dengan tidak membuat apa2...
Saya sebagai manusia tidak dinafikan kadang kala hanya terus melangkah mengikut rutin biasa setiap hari..Apabila ada tekanan luar dan dalam buat kita terus terhenti dan kadang kala x mampu melangkah.
Kita selalu:
🎀 Takut dengan perkara baru
🎀Takut untuk melakukan kesalahan dan selalu mengharapkan kesempurnaan..Manusia pasti tidak sempurna ,Allah sahaja Maha sempurna
🎀 Takut apa orang kata
🎀Takut perubahan rutin hidup kita
Takut sebenarnya perkara yg hanya imiginasi minda yang buat kita tidak mampu bertindak dan tidak bersyukur..kita belum menempuhnya lagi tetapi terlalu banyak berprasangka buat akhirnya tidak bertindak apa2.
Gambar ni menujukkan diri kita yang selalu membandingkan diri kita dengan orang lain buat kita lupa bersyukur dan kita tidak menghargai diri kita sendiri
Gambar ni saya malu dengan kerbau dan kera ...jom sentap sama2
🏆Ada big why dan inspirasi
🏆Terus belajar mengenal karektor diri dan keep remind dui tentang tujuan hidup kita yg sebenar
🏆Explore segala kekuatan dan kelemahan diri
🏆Berani mencuba dan belajar ilmu dan perkara baru (ilmu dunia dan ilmu akhirat)
🏆Berusaha dan amal bersungguh2
🏆Berserah pada Allah
Saya kata kita sebab saya pun kadang kala lupa..saya nak sama2 masuk syurga terbaik dan jadi assebab orang lain juga semakin dekat dengan Allah..saya juga mahu bahagia dunia akhirat bersama anda semua.
Jom sama2 berjaya dunia berjaya akhirat. Saya juga nak bermanafaat supaya Allah mempermudah akhir hidup saya menjadi hambanya terbaik dan ditempatkan dalam syurga amin
--------------------------------------------------
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .
Terus hubungi kami di:
Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com
http://rohazanibahari.blogspot.com/