Tuesday, June 19, 2018

sharing no 1 :Jom Kenali Diri melalui Personaliti Genetik STIFIn


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua. Nama saya Rohazani Bahari. Orang kenali atau panggil saya Roha Bahari

Saya sebenarnya ingin berkongsi minat, kesukaan dan kepakaran saya yang mungkin dapat bantu beri sedikit manafaat kepada anda semua. Hanya ambil yang terbaik dan bersesuaian dengan anda aje k.

Sebelum itu biar saya kongsikan dulu siapa saya ni...



Pengenalan Diri 

Saya adalah seorang isteri dan ibu kepada 2 orang puteri yang berumur 4 tahun dan 10 tahun. Saya mendapat pendidikan awal (sekolah rendah dan menengah) di Perlis dan terus menyambung pengajian  Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Pengurusan Perniagaan (khusus dalam Perniagaan Antarabangsa) di Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Saya mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun. 5 tahun di sektor swasta di sektor Perindustrian Kuari Batu di Pens Industries Sdn Bhd sebagai Eksekutif Sumber manusia dan Pemasaran dan 11 tahun lagi di sektor kerajaan di bidang pendidikan di Universiti Awam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehingga sekarang.

Sejarah Berkenalan dengan Kaedah Personaliti Diri

Jom saya kongsi sedikit sejarah penemuan kaedah ini dan kaitannya dengan diri saya. Saya mula mengenali Kaedah Personaliti Genetik melalui kaedah STIFIn ini dari tahun 2012 lagi. Lebih kurang 6 tahun yang lalu.

Bos lama saya di Pejabat Anjung UniMAP KL telah ditugaskan untuk membangunkan projek-projek khas universiti yang mampu menambah baik kualiti pembangunan Sumber Manusia khusus kepada pelajar dan syarikat-syarikat NGO serta masyarakat sekitarnya. 

Salah satu hasil survey yang kami buat adalah penggunaan tool personaliti dalam mengenalpasti individu dan bagi tujuan membangunkan self development hingga memberi impak keseluruhan kepada personaliti dan organisasi itu sendiri.

Pelbagai tool termasuk Pengujian Personaliti tarikh lahir, pengujian metafizik, pengujian peringkat antarabangsa juga turut ditawarkan dan menjadi option dari  projek kami.

Tetapi dalam semua tool itu, kaedah personaliti genetiklah yang:

  • sangat menarik,
  • mudah diurus, 
  • mudah difahami 
  • dan sangat dekat dengan seseorang individu. 
Kaedah ini sebenarnya " Simple,  Accurate  &  Multi Angle Field"














Projek tersebut terhenti setelah bos saya berpindah ke Univerisiti yang lain. Projek tersebut kami tangguh sehingga tahun 2016

Tahun 2016, saya mula mencari semula kaedah ini dan ingin terus berjuang dan memberi manafaat kepada semua. Rugi saya dan team sahaja tahu, yang lain tidak tahu dan tidak mendapat manafaatnya. Kita sepatutnya menggunakan sebaik-baiknya ilmu dan anugerah yang tuhan berikan, selagi kita masih bernyawa.


 



Mulai tahun 2016, Saya betul-betul serius mendalami semula Kaedah Mengenali Personaliti Genetik dan Potensi. Minat yang sangat mendalam untuk memberi manafaat terbaik diharap dapat diberkati dan mendapat manafaat sebaik kepada semua.

Kejayaan demi kejayaan terus lahir dari kaedah ini.

Jom kita tengok







 




Kepakaran saya

Kepakaran saya adalah MEMBANTU anda semua KELUAR dari


  • rasa x faham,
  • rasa x selesa,
  • rasa x tenang,
  • berperasangka negatif pada diri sendiri dan orang lain,
  • kerap stress ngan konflik keadaan yang sememangnya dari diri kita sendiri dan orang lain serta x dapat nak 'control' 
  • rasa x bahagia (dalam hati) mungkin dari segi fizikal orang lain nampak happy sahaja dan x ada masalah
  • rasa x puas hati dengan segala yang anda lakukan dan orang lain lakukan 

dengan FORMULA terbaik iaitu Mengenali Personaliti Secara GENETIK dan potensi diri anda sendiri. Melalui STIFIN pasti ada jalan dan solusinya. InsyaAllah 




InsyaAllah banyak pendedahan yang buat anda fahami tentang diri sendiri (sedar dan mungkin x sedar) dan step-step yang boleh anda lakukan supaya anda lebih selesa dan lebih bahagia(hati dan fikiran bahagia) kerana 2 bahagian ini bahagia insyaAllah semua anggota badan lain mesti lebih bahagia dan akan bertindak lebih efektif dan selari dengan fikiran dan hati.

Kaedahnya sangat mudah ia hanya perlu mengikuti ujian personaliti secara imbasan cap jari shaja. Hanya perlu ambil masa 5-10 minit shj.

Dibawah proses Pengujian Personaliti Genetik ini, pengujian boleh dilakukan untuk anak-anak seawal 3 tahun dan keatas. Ini kerana lingkaran jari sudah matang dan boleh dibaca. 

Ini beri kebaikan kerana boleh mengenali personaliti anak-anak di awal umurnya berbanding kaedah questionaire yang perlukan berfikir dan menjawab soalan. 


gambar dari sumber rakan-rakan di Negeri Sembilan dan Melaka

Sebelum ini ia sama seperti tool personaliti yang lain iaitu perlu menjawab questionaire yang mempunyai ratusan soalan dan beberapa helai muka surat tetapi Stifin telah mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi dalam membantu semua iaitu dengan penggunaan imbasan cap jari .

Hasil Penyelidikan dengan kaedah stifin ini, Realibiliti lebih daripada 95%. 
Ini bermaksud :
Contohnya:

352 peserta dibuat Pengujian Personaliti .Lebih  95% iaitu 349 orang daripada semua peserta sama dan tepat karektornya dan yang berubah atau tidak sama adalah kurang 5% sahaja iaitu 3 orang sahaja.

Yang pasti Empunya 100% adalah kesempurnaan Allah yang maha pencipta sahaja




























Hasil Penyelidikan STIFIn
 & Kumpulan Pengkaji STIFIn


















Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini . 
Terus hubungi kami di:

Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram            : rohazani bahari 
Face Book Page :  Rohazani Bahari
Emel                   : rohazani510@gmail.com
Blog                    : http://rohazanibahari.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Sharing 12::psikotube::: Tingkap Johari (Johari Window)

STIFIn menunjukkan segala tentang diri anda dalam Tingkap Johari iaitu 1) ::psikotube::: Tingkap Johari (Johari Window) : Konsep Tingk...