Thursday, June 28, 2018

SHARING 9 : Teori Saintifik

sharing 9


TEORI  SAINTIFIK DAN PENYELIDIKAN TU PERLU BERBINCANG DENGAN YANG PAKAR




Cuma sedikit perkongsian dan ringkasan Sejarah Perkembangan dan pembangunan ilmu Personaliti Genetik melalui Kaedah STIFIn adalah seperti berikut :

Teori STIFIn adalah kesinambungan ilmu dari

Teori C.G JUNG,  NED HERRMANN DAN PAUL MACLEAN



Sebelum ini dalam C.G.JUNG dan NED HERRMANN hanya ada 4 personaliti iaitu

SENSING
THINKING
INTUITING
FEELING

PERSONALITI YANG TERAKHIR (INSTINCT) DIJUMPAI DALAM TEORI PAUL MACLEAN. Jenis-jenis Personaliti ini sebenarnya telah dijumpai dari lama dulu oleh tokoh Islam kita Imam Al Ghazali. Dia terlebih dahulu berjumpa dengan kelima-lima Personaliti ini.(tahun 1058-1111 Masihi)




Wednesday, June 27, 2018

sharing 8 : 5 Personaliti Genetik @ dinamakan MESIN KECERDASAN

Sharing 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat pagi. Nampaknya saya mungkin tidak dapat sharing setiap hari tetapi saya cuba seminggu dalam 3 sharing saya akan usahakan ye.

Hari ini saya akan kongsikan tentang Jenis  Personaliti Genetik manusia


  

1) Dalam Pelbagai Personaliti Genetik manusia, kaedah Stifin telah membahagikan 5 kumpulan yang utama iaitu :

SENSING (S)
THINKING (T)
INTUITING (I)
FEELING (F)
INTINCT (In)


2) 5 Personaliti Genetik ini dinamakan juga sebagai:

 5 MESIN KECERDASAN (MK)


3) Berikut adalah lokasi setiap kumpulan dalam otak kita.




4) Melalui Personaliti Genetik kaedah STIFIn , setiap personaliti juga dipecahkan kepada INTROVERT  dan EXTROVERT

a) Introvert = Pengaruh dari dalam diri sendiri, tidak memerlukan orang lain@environment luar untuk kita bertindak. Rasa dalam diri nak buat terus buat tanpa melihat orang lain @ persekitarannya.  

b) Extrovert = Pengaruh luar yang akan membuat anda bertindak . Sangat terikut dan memerlukan orang dan environment luar untuk anda bertindak @ drive untuk membuat sesuatu. Kalau tiada anda mungkin tidak buat apa-apa.

sumber rakan-rakan dari  negeri Sembilan dan Melaka

                  

Anda yang Introvert jangan rasa rendah diri. Dia sebenarnya gembira dengan apa yang dia lakukan, dia tidak rasa lonely atau pelik tetapi rasa lebih tenang bersendirian dan dengan caranya yang tersendiri

Anda yang Entrovert  pula akan rasa sedih jika bersendirian. Dia suka ada teman yang bersama-sama . Bagi mereka lebih ramai kawan-kawan ,lebih meriah dan 'happening'.



Tuesday, June 26, 2018

Sharing 7 : OTAK OH OTAK

Sharing 7

Assalamualaikum semua dan Selamat Petang

Hari ni best skit tau. Saya nak kongsi sikit dengan semua, tentang Otak. 


Otak manusia
Otak (Bahasa Inggerisencephalon, brain) merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan.
Apa yang kita fikir, apa kita buat keputusan dan tindakan apa yang akan kita lakukan adalah sebenarnya berpunca daripada otak. 

Oleh itu kita kena selalu pastikan apa yang masuk dalam otak kita perkara yang terbaik dan pilihlah channel yang terbaik supaya kualiti kita fikir, buat keputusan dan bertindak juga terbaik.

 Selain itu, hati pun kena baik supaya mereka seiring dan sejalan. InsyaAllah kita berjaya dan bahagia dunia akhirat. Amin





                                   


Otak kita dipecahkan dengan 3 Dimensi otak iaitu :

A) Kapasiti Otak
B) Sistem Operasi
C) Budaya Otak


Apa maksud Kapasiti Otak?

Kapasiti otak adalah biasanya dikenali sebagai IQ atau Intelligent Quotien.

Intelligent Quoties adalah kemampuan manusia dalam mendengar, merencana, menyelesaikan masalah, membuat pengiraan, pembelajaran dan penggunaan bahasa dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan kecerdasan intelektual.

Kapasiti otak boleh dianggap sama fungsinya dengan RAM dalam Handphone.  Ram yang besar memberi kelebihan yang banyak kepada smartphone anda. Lebih laju, lebih stabil, kurang aplikasi "crash and hang". 

Ia sama seperti otak , semakin besar Kapasiti otak dikatakan semakin cerdik. Ini juga dikatakan semakin tinggi  IQ seseseorang maka aktiviti memproses data akan semakin cepat. Semakin rendah IQ seseorang  semakin perlahan memproses data tersebut. 

Tinggi IQ=Ram yang laju , hebat, bijak,cepat berfikir 

Rendah IQ =Ram pun kecik, slow,kurang bijak selalu 'hang' sangkut-sangkut. 

Jadi sesiapa yang mempunyai IQ yang tinggi selalu dianggap terbaik.


Apakah maksud Dimensi Sistem Operasi otak?

Sistem Operasi Otak juga kita boleh disamakan dengan sistem operasi sesebuah telefon. Anggap aje, anda mempunyai 2 telefon yang daripada syarikat yang  berbeza iaitu samsung dan Iphone. 
Apa yang membezakan kedua-dua telefon ini? 

Semestinya sistem operasinya iaitu Android di Samsung dan IOS utk Iphone.

Berbeza sistem operasi  maka berbeza juga aplikasi,fungsinya, perisiannya, keselamatan, pilihan serta pelbagai aspek lain. Begitulah cara otak kita bekerja,beza orang beza cara sistem operasinya sehingga anda dan kawan anda juga berbeza.


Difference between Galaxy and Iphone
Samsung uses Android operating system, whereas Apple uses its on IOS. I could write a whole novel here, but, at a second thought, I can keep it short: the majordifference between iPhones and Samsung's smartphones is the operating system. Idon't think so! The only difference is the operating system.
Sumber dari Youtube




Apakah pula Dimensi Budaya Otak

Jika kapasiti otak dan sistem operasi otak adalah  dianugerahkan dari Allah @ given.Dimesti budaya otak pula adalah Pengaruh Persekitaran yang sentiasa berubah.

 Ia adalah dipengaruhi dari apa yang anda pelajari, apa yang anda yakini (agama yang dianuti), cara didikan ibu bapa, kawan-kawan ,tv , movie serta bahan bacaan yang anda baca ,pengaruh pergaulan dan norma-norma tempat kita dapat tinggal dan dibesarkan. 

Jadi  STIFIN bekerja dimensi yang mana ?

Jawapannya adalah Dimensi Sistem Operasi Otaknya

Stifin satu konsep ilmu memetakan manusia  berdasarkan Sistem Operasi Otaknya. Ia kemudian dibahagikan kepada 5 jenis iaitu


sumber:  dari rakan #stifinhafazandh


Sensing (S)
Thinking (T)
Intuiting (I)
Feeling (F)
Instinct(In)


Dalam kaedah STIFIn kelima-lima jenis Personaliti ini disebut  :
5 MESIN KECERDASAN

Setiap Mesin kecerdasan tersebut mempunyai karektor yang berbeza iaitu dari segi genetik, sistem operasi, keperibadian,cara kerja otak, passion dan pelbagai lagi.


Itu sahaja perkongsian hari ini.

Sekian jumpa lagi ye

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .

Terus hubungi kami di:
_____________________________
Talian (whatapp) : 019 3881846
_____________________________

Please  Like Instgram dan FB page kami ye:

Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com

--------------------------------------------------------

http://rohazanibahari.blogspot.com/

================================


Penghargaan buat Rumah STIFIn Banten. Terima kasih







Monday, June 25, 2018

Sharing 6 : Hujjah Naqli Penggunaan Sidiq Jari

Hujjah Dalil Naqli Penggunaan Sidik Jari
Sharing 6


Assalamualaikum semua

Bersyukur hari ini masih diberi rezeki nikmat umur yang panjang dapat kita berjumpa dan  terus berkongsi.

Nampak tak gambar@ info yang atas tu?

Maklumat itu menceritakan tentang dalil Naqli penggunaan Siddiq Jari sebagai satu langkah atau kaedah mengenal diri. 

Kenapa ye? Kalau kita nak ke bank, memerlukan cop jari?  Kalau kita hendak ke luar negara juga passport kita juga memerlukan cap jari. Bahagian jenayah dan segala unit keselamatan memerlukan cap jari sebagai menggambarkan profail diri kita?

Salah satu sebabnya adalah Manusia yang mempunyai cap jari yang berbeza.  Hebatkan ciptaan Allah yang Maha Esa ini. Perbezaan kita membuatkan kita sangat unik dan rupanya Allah membongkarkan rahsia disebalik keunikan cap jari kita.

Kaedah Stifin adalah secara imbasan cap jari. Memberi kelebihan kepada semua yang mempunyai jari. Jika tiada jari tangan , jari kaki pun boleh. Tetapi diingatkan kepada semua, kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu tidak mampu membantu mengenali personaliti manusia yang tidak mempunyai jari (tiada tangan dan tiada kaki). 

Nanti baca ye keratan diatas tu

Bye. Jumpa lagi

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .

Terus hubungi kami di:

Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com

--------------------------------------------------------

http://rohazanibahari.blogspot.com/

================================


Saturday, June 23, 2018

sharing 5: Kenangan bersama Penyelidik STIFIn

Assalamualaikum semua

Hari ni sharing gambar aje.

STIFIN adalah antara Tool Pengujian Personaliti
(Ini adalah antara option yg boleh dicuba dan digunakan. Bukan sebagai tukang tilik atau bomoh tetapi hanya sedikit guide line atau kaedah lain utk kita kenal diri)

Kajian secara Saintifik sudah dimasukkan dalam Penyelidikan STIFIn. Semoga menambah keyakinan semua tentang kaedah personaliti genetik ini. Tambahan tool bg mengenal personaliti dan potensi diri. InsyaAllah.

Bertuah dapat rezeki bergambar dengan salah seorang Penyelidik STIFIN di Malaysia Prof Dr Mohamed Zin Nordin dan OWNER STIFIN MALAYSIA Dato Baha Nordin





  

  


      

  
 Jumpa lagi


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .

Terus hubungi kami di:


Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram            : rohazani bahari
Face Book Page :  Rohazani Bahari
Emel                   : rohazani510@gmail.com


http://rohazanibahari.blogspot.com/

Friday, June 22, 2018

Sharing 4: Pengaruh Golongan Darah dalam Personaliti Genetik..

Assalamualaikum hai semua

Saya terlebih dahulu nak ucap selamat pagi. Sebab dah pagi baru berkesempatan berkongsi lagi tips  dlm Personaliti Genetik ni.

Pagi ni saya nak sharing tentang darah. Pernah mencuba membaca karektor anda dengan guna Ciri2 golongan Darah?

Yang menariknya, dalam kaedah STIFIn, Impak darah juga memberi sumbangan dalam ciri2 personaliti diri kita. CUMA MELALUI DARAH ia adalah stimulus Spontan @ impak yang sekejap2 @dengan kata lain semasa kita berfikir dan cuba membuat keputusan dalam 15 minit pertama ia adalah DIPENGARUHI OLEH DARAH bukan personaliti Genetik kita...Kemudian setelah itu baru Personaliti Genetik kita akan menjalankan peranannya.

Tips Penting
-------------------
Tips pagi ni..apabila ingin membuat keputusan tolonglah ambil masa dan fikirkan lama2 mungkin 30 minit  supaya yg betul2 buat keputusan untuk sebarang KEPUTUSAN PENTING DLM HIDUP KITA adalah PERSONALITI GENETIK kita iaitu keputusan yg buat kita lebih berpuas hati dan lebih happy  berbanding menggunakan personaliti karektor darah . Perincian ini  perlu sesi perjumpaan untuk penjelasan lebih dalam.

Tetapi dlm kehidupan sebenar, ada individu yang telah menggunakan segala kehidupanya dengan karektor Darah, kerana di tidak tahu ADA PERSONALITI GENETIK yg kekal tidak berubah....Anda tahu apa KESANNYA PADA DIRI KITA?????

KESANNYA= CEPAT PENAT & CEPAT LETIH

 (mungkin mula2 rasa kita rasa kita boleh lakukan dan boleh bertahan tetapi untuk tempoh masa panjang sebenarnya Anda akan rasa sangat penat kerana cuba menjadi orang lain.)


Okla ye kita jumpa lagi.Itula sedikit tips dan info


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .

Terus hubungi kami di:
Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram            : rohazani bahari
Face Book Page :  Rohazani Bahari
Emel                   : rohazani510@gmail.com
http://rohazanibahari.blogspot.com/

Thursday, June 21, 2018

Sharing 3 : Tahu tak apa kelebihan PERSONALITI Genetik dan Next step yg boleh anda lakukan setelah anda tahu Personaliti Genetik ini?

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Selamat malam semua,
Hari ni balik kampung dan agak sibuk mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga di sini. Walaupun sangat lewat dan dah lewat malam ,demi anda  saya cuba kongsikan sikit ye..

APLIKATIF=MULTI ANGLE FIELD
------------------------------------------------
Ini salah satu kelebihan atau ciri-ciri dalam konsep Personaliti Genetik
--------------------------------------------------
Apa yg anda faham Aplikatif atau Multi Angle Field?

Pernah dengar ke tidak?

Saya juga baru dengar dan jumpa perkataan ini dari kelas -kelas intensif Personaliti Genetik kaedah STIFIn.

Secara ringkasnya ia bermaksud Memahami dan Mengenali Pengujian Personaliti Genetik anda bukan shj membantu mengenali diri anda tetapi Apa lagi yang boleh dibantu SETELAH anda tahu dan kenal personaliti anda iaitu NEXT STEP yang boleh anda lakukan untuk anda lebih berjaya dan meningkatkan kualiti dan produktiviti anda sendiri @ how to add value  diri sendiri dan baiki keadaan diri. Selain itu, Multi Angle Field lain yg boleh dibantu adalah antaranya:

1)Learning
Cara belajar yg cepat, mudah & berkesan dengan cara personaliti anda sendiri-High Impact Learning.Ketahui Teknik cara belajar terbaik ikut cara anda bukan tiru orang lain, waktu terbaik, persediaan sebelum ,semasa dan selepas belajar. Semua tips dan teknik dibongkar.

2)Profesion
 Cara memilih Kerjaya atau Profesion yang sesuai dengan diri anda sendiri- baru rasa kepuasan dan sesuai dengan passion anda sendiri jadi ini akan membantu prestasi dan produktiviti anda kerana anda buat dengan hati dan excited setiap hari.Ini utk anda yg sedang mencari kerja dan yang telah bekerja akan diberikan tips terbaik utk menjadikan profesion anda sekarang ini jadi lebih menarik.

3)Parenting
Cara Mengurus diri dan mengurus anak2  mengikut personaliti diri sendiri.Keluarga yang sama pasti didikan anak2 juga sama. Sepatutnya hasil anak juga kualiti sama.Tetapi kenapa anak tetap perangai berbeza-beza.Ini kerana personaliti Genetik mereka yg berbeza2. Nak tahu cara mendidik anak yang macam2 personaliti ini? Pelbagai tips dan teknik dikongsi dalam topik ini .


4) Couple
Cara Mengurus  Couple/ Pasangan-untuk kehidupan lebih harmoni dan kurang konflik. Siap tau level sayang pasangan dan cara pilih pasangan tau..(tips utk anda yang belum kawin,yang sudah berkahwin sila uruskan keluarga dengan lebih best k . Tips lain bab pasangan sila join Stifin Couple.Yang panas2 pun ada..khas utk hubungan terbaik pasangan masing supaya semua orang lebih bahagia. Kena main peranan masing-masing ye.

5) Teaching
Cara Mengajar -ini terbaik utk semua pendidik . Selalunya setiap kelas,anak murid je sudah 40 orang jadi bayangkan 40 orang perangai/ personaliti n didikan keluarga yg macam- macam(pelbagai pengaruh persekitaran) tu.  Pelbagai teknik dan step akan dikongsi supaya pengajaran anda diterima dan insyaAllah difahami oleh semua pelajar bukan 3 org je..yang lain x fokus pun..x faham apa pun ...sedihkan..teknik mengajar pun buat kita stress..insyaAllah bnyk membantu nanti.

Tips ini pun bagus untuk ibu bapa.Kerana kita juga guru dan pendidik yang bermula dari rumah.

6) Business
Cara memilih perniagaan -mengikut kesesuaian personaliti diri. Ini pun bestkan..rupanya sesiapa yang berminat untuk membuka perniagaan juga mesti tau jenis perniagaan apa yang bersesuai dengan personaliti dirinya dan posisi terbaik dlm kumpulan kerja perniagaan kita. Selain tu kena tambah ilmu perniagaan jugala kan setelah kita kenal pasti perniagaan terbaik tu.

7)Pengurusan Sumber Manusia
Cara mengurus  dan mengelola diri dan anak buah  bersesuaian dengan diri dan personaliti kita. Selain itu cara mengurus bos  dan rakan sekerja anda serta pelbagai tips lain dalam membantu organisasi.Setiap orang yg memimpin sesebuah organisasi pasti mengharapkan pencapaian terbaik utk organisasi mereka. Pelbagai tips dan teknik akan dikongsikan termasuk pembangunan staf dr dia masuk hari pertama di dalam ofis anda hingga di bersara..macam2 ada dalam Pengurusan Sumber Manusia.

8) Hafazan
Dalamnya kita mempelajari teknik hafazan alquran kelebihannya cepat mudah dan enjoy kita lakukan aktiviti hafazan itu mengikut personaliti kita. Kerana setiap personaliti cara hafazannya berbeza-beza  . Standard dalam kaedah hafazan Personaliti Genetik kaedah STIFIn  adalah 7 bulan untuk 30 juzuk dr kanak2 hingga dewasa. Tapi ada yang awal lagi pada tempoh tu. Ini untuk yang sudah mahir dan hebat dlm tajuwid dan hanya proses untuk menghafaz shj.  Setelah kenai diri dan personaliti diri ada teknik yg terbaik boleh anda lakukan. Sesuai utl semua yg memang baru nak hafaz surah2 pendek juz am ma dan doa doa harian dan untuk yg memang adik2tahfiz yang masih dlm proses menghafal. Selalunya ambil masa 3-9 tahun menghafal ini 7 bulan.Al Quran ok  bukan buku komik..Anda sendiri taukan sebelum nak dapat tu bukan sebarangam org Allah izin hafaz alquran 30 juzuk..berminat ke nak tau rahsianya? jomla explore...


Teknik ni diajar step by step dan diajar 1 hari bagi setiap satu topik tu...memang best sgt. Dengan izin Allah dan disiplin diri yg tinggi segala yang kita impikan insyaAllah jadi kenyataan.Kadang kala memang kita dah set aim atau Matlamat kita tp kita dah cuba cara kita tetapi masih belum berjaya..mungkin step yang diajar dan diterokai anda dalam personaliti Genetik melalui STIFIn ini adalah option dan jalan Highway yang buat kita best melaluinya tanpa jem yang teruk....jom kita terokai bersama

 Jumpa lagii ye

Mohon sesiapa yang ternampak dan terperasan penulisan saya yang tersasar mohon bgtau saya ye..saya juga masih dalam proses belajar dan masih mendalami ilmu ini


sekian .Maaf saya masih di kampung jd menulis melalui phone aje..gambar pun susah nak masuk..jadi tulisan ajela ye


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .

Terus hubungi kami di:
Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram            : rohazani bahari
Face Book Page :  Rohazani Bahari
Emel                   : rohazani510@gmail.com


http://rohazanibahari.blogspot.com/


Wednesday, June 20, 2018

Sharing No 2 : Apa Itu Personaliti Genetik mengikut STIFIn?


Sharing No 2

Hai semua, selamat kembali, terima kasih kerana masih sudi membaca perkongsian saya pada hari ini.

Hari ni agak sibuk kerana ramai staf yang sudah balik ke Tempat kerja setelah 'Enjoy' Cuti Hari Raya dan banyak perkara yang perlu disiapkan kerana saya pula hendak sambung cuti raya setelah menjadi Penunggu Ofis tercinta. Kita kongsi secara santai ye...

Apa itu Personaliti Genetik mengikut STIFin?

Pernah dengar perkataan Personaliti Genetik?  melalui kaedah STIFIn?

Ada pelbagai kaedah dalam mengenal personaliti dan potensi diri masing-masing. Ada yang dalam negara dan luar negara. Semua info boleh anda cari dan gunakan sebaiknya yang bersesuaian dengan anda. Saya lansung tidak mahu bersaing dan membandingkan kaedah yang telah ada. 

Cuma saya hanya ingin berkongsi sedikit option atau pilihan lain yang mungin boleh membantu sedikit sebanyak MENAMBAH ILMU mengenal diri dan menambah baik kehidupan anda semua.  Cuma apa yang saya nak kongsikan adalah Mengenal personaliti melalui kaedah STIFIn.

Dalam kaedah STIFIn, kami lebih menekankan tentang Personaliti Genetik. Apa itu Personaliti Genetik? Iaitu adalah personaliti yang Allah telah berikan kepada kita. Itu bahasa yang mudah untuk saya kongsikan. Allah telah beri segala kehebatan/kelebihan yang terbaik untuk setiap manusia.  Ada manusia yang sedar dan ada yang masih tercari2. Ia adalah tetap dan tidak akan berubah ia hanya 20% yang mungkin telah digunakan atau terus tersembunyi didasar diri kita yang lansung tersembunyi hingga kita kehilangannya(sampai meninggal pun kita x sedar kekuatan itu). Kita sebenarnya mencari yang 20% itu.


MANUSIA DICIPTAKAN SEBAIK BAIK CIPTAAN

QS. Al-'Isra' [17] : 70`Ibn Katsir
۞ وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
Kementrian AgamaDan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
QS. At-Tin [95] : 4`Ibn Katsir
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Kementrian Agamasesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Ini sumber internet ye. Saya tumpang gunakan. 


Dalam kaedah STIFIn 

Diri anda sekarang = (20%) Genetik + (80% ) Persekitaran
    (100%)


Contoh:

 Roha yang berumur 38 tahun (hari ini)

Roha yang 38 tahun = 20% personaliti genetik      
                                  (personaliti yg kita x tahu) 

                                           +
                                80% Persekitaran

Persekitaran termasuk :

1) Didikan ibu ayah dari saya dilahirkan hingga umur saya 38 tahun
2) Guru dan kawan-kawan yang mempengaruhi saya dari saya lahir, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, tempat kerja  dan semua yang pernah berjumpa dengan saya selama saya hidup
3)Bacaan buku,majalah apa sahaja jenis bacaan secara hardcopy atau online yang saya pernah baca dan izin masuk dalam minda saya
4)Penglihatan-siaran tv,video, movie yang juga saya hadam dalam minda saya
5) segala aktviti dari pengalaman sendiri atau orang lain yang saya terima itu semua adalah pengaruh persekitaran



Kaedah Pengujian STIFIN adalah:

Ujian yang dilakukan kepada semua hujung jari tangan anda. 

Sebenarnya cap jari anda adalah berbeza-beza dan tidak akan pernah sama seluruh dunia.




Youtube : Analisa Sidik Jari Menurut Islam


Tahukah anda kaedah pengujian jari hanya boleh bermula dari umur 3 tahun? Kenapa ye?


Ini kerana susunan garisan terbaik, matang dan lebih jelas setelah anak berumur 3 tahun . Oleh itu anak2 yang kurang dari 3 tahun kurang disyorkan menggunakan kaedah ini. Yang pasti selagi anda masih hidup anda boleh membuat ujian ini kerana kaedah ini tidak boleh berfungsi untuk manusia yang telah meninggal dunia.

BELAHAN OTAK DOMINAN

Cap jari yang mengandungi susunan garisan, merupakan informasi berkaitan saraf dan kemudiannya dianalisa terus dihubungkan dengan belahan otak yang dominan. Belahan otak ini mempunyai peranan sebagai sistem operasi dan sekaligus menentukan @personaliti BIO mettrik diri anda.Saraf dihujung jari tadi menentukan bahagian otak yang dominan dan seterusnya membongkar segala tentang diri anda.

Belahan otak dalam kaedah STIFIn dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu:

SENSING (S)
THINKING (T)
INTUITING (I)
FEELING    (F)
INSTINCT (In)

Ringkasan bagi ke 5 bahagian ini dinamakan STIFIn.

ok nanti kita sambung lagi.

Semoga bermanafaat. Mohon sesiapa yang lebih arif perbetulkan info saya jika ada kesalahan ye..terima kasih


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .
Terus hubungi kami di:
Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com
--------------------------------------------------------
================================


Tuesday, June 19, 2018

sharing no 1 :Jom Kenali Diri melalui Personaliti Genetik STIFIn


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua. Nama saya Rohazani Bahari. Orang kenali atau panggil saya Roha Bahari

Saya sebenarnya ingin berkongsi minat, kesukaan dan kepakaran saya yang mungkin dapat bantu beri sedikit manafaat kepada anda semua. Hanya ambil yang terbaik dan bersesuaian dengan anda aje k.

Sebelum itu biar saya kongsikan dulu siapa saya ni...



Pengenalan Diri 

Saya adalah seorang isteri dan ibu kepada 2 orang puteri yang berumur 4 tahun dan 10 tahun. Saya mendapat pendidikan awal (sekolah rendah dan menengah) di Perlis dan terus menyambung pengajian  Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Pengurusan Perniagaan (khusus dalam Perniagaan Antarabangsa) di Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Saya mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun. 5 tahun di sektor swasta di sektor Perindustrian Kuari Batu di Pens Industries Sdn Bhd sebagai Eksekutif Sumber manusia dan Pemasaran dan 11 tahun lagi di sektor kerajaan di bidang pendidikan di Universiti Awam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehingga sekarang.

Sejarah Berkenalan dengan Kaedah Personaliti Diri

Jom saya kongsi sedikit sejarah penemuan kaedah ini dan kaitannya dengan diri saya. Saya mula mengenali Kaedah Personaliti Genetik melalui kaedah STIFIn ini dari tahun 2012 lagi. Lebih kurang 6 tahun yang lalu.

Bos lama saya di Pejabat Anjung UniMAP KL telah ditugaskan untuk membangunkan projek-projek khas universiti yang mampu menambah baik kualiti pembangunan Sumber Manusia khusus kepada pelajar dan syarikat-syarikat NGO serta masyarakat sekitarnya. 

Salah satu hasil survey yang kami buat adalah penggunaan tool personaliti dalam mengenalpasti individu dan bagi tujuan membangunkan self development hingga memberi impak keseluruhan kepada personaliti dan organisasi itu sendiri.

Pelbagai tool termasuk Pengujian Personaliti tarikh lahir, pengujian metafizik, pengujian peringkat antarabangsa juga turut ditawarkan dan menjadi option dari  projek kami.

Tetapi dalam semua tool itu, kaedah personaliti genetiklah yang:

  • sangat menarik,
  • mudah diurus, 
  • mudah difahami 
  • dan sangat dekat dengan seseorang individu. 
Kaedah ini sebenarnya " Simple,  Accurate  &  Multi Angle Field"














Projek tersebut terhenti setelah bos saya berpindah ke Univerisiti yang lain. Projek tersebut kami tangguh sehingga tahun 2016

Tahun 2016, saya mula mencari semula kaedah ini dan ingin terus berjuang dan memberi manafaat kepada semua. Rugi saya dan team sahaja tahu, yang lain tidak tahu dan tidak mendapat manafaatnya. Kita sepatutnya menggunakan sebaik-baiknya ilmu dan anugerah yang tuhan berikan, selagi kita masih bernyawa.


 



Mulai tahun 2016, Saya betul-betul serius mendalami semula Kaedah Mengenali Personaliti Genetik dan Potensi. Minat yang sangat mendalam untuk memberi manafaat terbaik diharap dapat diberkati dan mendapat manafaat sebaik kepada semua.

Kejayaan demi kejayaan terus lahir dari kaedah ini.

Jom kita tengok







 




Kepakaran saya

Kepakaran saya adalah MEMBANTU anda semua KELUAR dari


  • rasa x faham,
  • rasa x selesa,
  • rasa x tenang,
  • berperasangka negatif pada diri sendiri dan orang lain,
  • kerap stress ngan konflik keadaan yang sememangnya dari diri kita sendiri dan orang lain serta x dapat nak 'control' 
  • rasa x bahagia (dalam hati) mungkin dari segi fizikal orang lain nampak happy sahaja dan x ada masalah
  • rasa x puas hati dengan segala yang anda lakukan dan orang lain lakukan 

dengan FORMULA terbaik iaitu Mengenali Personaliti Secara GENETIK dan potensi diri anda sendiri. Melalui STIFIN pasti ada jalan dan solusinya. InsyaAllah 




InsyaAllah banyak pendedahan yang buat anda fahami tentang diri sendiri (sedar dan mungkin x sedar) dan step-step yang boleh anda lakukan supaya anda lebih selesa dan lebih bahagia(hati dan fikiran bahagia) kerana 2 bahagian ini bahagia insyaAllah semua anggota badan lain mesti lebih bahagia dan akan bertindak lebih efektif dan selari dengan fikiran dan hati.

Kaedahnya sangat mudah ia hanya perlu mengikuti ujian personaliti secara imbasan cap jari shaja. Hanya perlu ambil masa 5-10 minit shj.

Dibawah proses Pengujian Personaliti Genetik ini, pengujian boleh dilakukan untuk anak-anak seawal 3 tahun dan keatas. Ini kerana lingkaran jari sudah matang dan boleh dibaca. 

Ini beri kebaikan kerana boleh mengenali personaliti anak-anak di awal umurnya berbanding kaedah questionaire yang perlukan berfikir dan menjawab soalan. 


gambar dari sumber rakan-rakan di Negeri Sembilan dan Melaka

Sebelum ini ia sama seperti tool personaliti yang lain iaitu perlu menjawab questionaire yang mempunyai ratusan soalan dan beberapa helai muka surat tetapi Stifin telah mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi dalam membantu semua iaitu dengan penggunaan imbasan cap jari .

Hasil Penyelidikan dengan kaedah stifin ini, Realibiliti lebih daripada 95%. 
Ini bermaksud :
Contohnya:

352 peserta dibuat Pengujian Personaliti .Lebih  95% iaitu 349 orang daripada semua peserta sama dan tepat karektornya dan yang berubah atau tidak sama adalah kurang 5% sahaja iaitu 3 orang sahaja.

Yang pasti Empunya 100% adalah kesempurnaan Allah yang maha pencipta sahaja




























Hasil Penyelidikan STIFIn
 & Kumpulan Pengkaji STIFIn


















Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini . 
Terus hubungi kami di:

Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram            : rohazani bahari 
Face Book Page :  Rohazani Bahari
Emel                   : rohazani510@gmail.com
Blog                    : http://rohazanibahari.blogspot.com/

Sharing 12::psikotube::: Tingkap Johari (Johari Window)

STIFIn menunjukkan segala tentang diri anda dalam Tingkap Johari iaitu 1) ::psikotube::: Tingkap Johari (Johari Window) : Konsep Tingk...