Sharing No 2
Hai semua, selamat kembali, terima kasih kerana masih sudi membaca perkongsian saya pada hari ini.
Hari ni agak sibuk kerana ramai staf yang sudah balik ke Tempat kerja setelah 'Enjoy' Cuti Hari Raya dan banyak perkara yang perlu disiapkan kerana saya pula hendak sambung cuti raya setelah menjadi Penunggu Ofis tercinta. Kita kongsi secara santai ye...
Apa itu Personaliti Genetik mengikut STIFin?
Pernah dengar perkataan Personaliti Genetik? melalui kaedah STIFIn?
Ada pelbagai kaedah dalam mengenal personaliti dan potensi diri masing-masing. Ada yang dalam negara dan luar negara. Semua info boleh anda cari dan gunakan sebaiknya yang bersesuaian dengan anda. Saya lansung tidak mahu bersaing dan membandingkan kaedah yang telah ada.
Cuma saya hanya ingin berkongsi sedikit option atau pilihan lain yang mungin boleh membantu sedikit sebanyak MENAMBAH ILMU mengenal diri dan menambah baik kehidupan anda semua. Cuma apa yang saya nak kongsikan adalah Mengenal personaliti melalui kaedah STIFIn.
Dalam kaedah STIFIn, kami lebih menekankan tentang Personaliti Genetik. Apa itu Personaliti Genetik? Iaitu adalah personaliti yang Allah telah berikan kepada kita. Itu bahasa yang mudah untuk saya kongsikan. Allah telah beri segala kehebatan/kelebihan yang terbaik untuk setiap manusia. Ada manusia yang sedar dan ada yang masih tercari2. Ia adalah tetap dan tidak akan berubah ia hanya 20% yang mungkin telah digunakan atau terus tersembunyi didasar diri kita yang lansung tersembunyi hingga kita kehilangannya(sampai meninggal pun kita x sedar kekuatan itu). Kita sebenarnya mencari yang 20% itu.
MANUSIA DICIPTAKAN SEBAIK BAIK CIPTAAN
QS. Al-'Isra' [17] : 70`
۞ وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
Kementrian AgamaDan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
QS. At-Tin [95] : 4`
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Kementrian Agamasesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Ini sumber internet ye. Saya tumpang gunakan.
Dalam kaedah STIFIn
Diri anda sekarang = (20%) Genetik + (80% ) Persekitaran
(100%)
Contoh:
Roha yang berumur 38 tahun (hari ini)
Roha yang 38 tahun = 20% personaliti genetik
(personaliti yg kita x tahu)
+
80% Persekitaran
Persekitaran termasuk :
1) Didikan ibu ayah dari saya dilahirkan hingga umur saya 38 tahun
2) Guru dan kawan-kawan yang mempengaruhi saya dari saya lahir, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, tempat kerja dan semua yang pernah berjumpa dengan saya selama saya hidup
3)Bacaan buku,majalah apa sahaja jenis bacaan secara hardcopy atau online yang saya pernah baca dan izin masuk dalam minda saya
4)Penglihatan-siaran tv,video, movie yang juga saya hadam dalam minda saya
5) segala aktviti dari pengalaman sendiri atau orang lain yang saya terima itu semua adalah pengaruh persekitaran
Kaedah Pengujian STIFIN adalah:
Ujian yang dilakukan kepada semua hujung jari tangan anda.
Sebenarnya cap jari anda adalah berbeza-beza dan tidak akan pernah sama seluruh dunia.
Youtube : Analisa Sidik Jari Menurut Islam
Tahukah anda kaedah pengujian jari hanya boleh bermula dari umur 3 tahun? Kenapa ye?
Ini kerana susunan garisan terbaik, matang dan lebih jelas setelah anak berumur 3 tahun . Oleh itu anak2 yang kurang dari 3 tahun kurang disyorkan menggunakan kaedah ini. Yang pasti selagi anda masih hidup anda boleh membuat ujian ini kerana kaedah ini tidak boleh berfungsi untuk manusia yang telah meninggal dunia.
BELAHAN OTAK DOMINAN
Cap jari yang mengandungi susunan garisan, merupakan informasi berkaitan saraf dan kemudiannya dianalisa terus dihubungkan dengan belahan otak yang dominan. Belahan otak ini mempunyai peranan sebagai sistem operasi dan sekaligus menentukan @personaliti BIO mettrik diri anda.Saraf dihujung jari tadi menentukan bahagian otak yang dominan dan seterusnya membongkar segala tentang diri anda.
Belahan otak dalam kaedah STIFIn dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu:
SENSING (S)
THINKING (T)
INTUITING (I)
FEELING (F)
INSTINCT (In)
Ringkasan bagi ke 5 bahagian ini dinamakan STIFIn.
ok nanti kita sambung lagi.
Semoga bermanafaat. Mohon sesiapa yang lebih arif perbetulkan info saya jika ada kesalahan ye..terima kasih
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Personaliti Genetik ini .
Terus hubungi kami di:
Talian (whatapp) : 019 3881846
Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com
Instagram : rohazani bahari
Face Book Page : Rohazani Bahari
Emel : rohazani510@gmail.com
--------------------------------------------------------
================================

No comments:
Post a Comment