Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat pagi. Nampaknya saya mungkin tidak dapat sharing setiap hari tetapi saya cuba seminggu dalam 3 sharing saya akan usahakan ye.
Hari ini saya akan kongsikan tentang Jenis Personaliti Genetik manusia
1) Dalam Pelbagai Personaliti Genetik manusia, kaedah Stifin telah membahagikan 5 kumpulan yang utama iaitu :
SENSING (S)
THINKING (T)
INTUITING (I)
FEELING (F)
INTINCT (In)
2) 5 Personaliti Genetik ini dinamakan juga sebagai:
5 MESIN KECERDASAN (MK)
3) Berikut adalah lokasi setiap kumpulan dalam otak kita.
4) Melalui Personaliti Genetik kaedah STIFIn , setiap personaliti juga dipecahkan kepada INTROVERT dan EXTROVERT.
a) Introvert = Pengaruh dari dalam diri sendiri, tidak memerlukan orang lain@environment luar untuk kita bertindak. Rasa dalam diri nak buat terus buat tanpa melihat orang lain @ persekitarannya.
b) Extrovert = Pengaruh luar yang akan membuat anda bertindak . Sangat terikut dan memerlukan orang dan environment luar untuk anda bertindak @ drive untuk membuat sesuatu. Kalau tiada anda mungkin tidak buat apa-apa.
![]() |
| sumber rakan-rakan dari negeri Sembilan dan Melaka |
Anda yang Introvert jangan rasa rendah diri. Dia sebenarnya gembira dengan apa yang dia lakukan, dia tidak rasa lonely atau pelik tetapi rasa lebih tenang bersendirian dan dengan caranya yang tersendiri
Anda yang Entrovert pula akan rasa sedih jika bersendirian. Dia suka ada teman yang bersama-sama . Bagi mereka lebih ramai kawan-kawan ,lebih meriah dan 'happening'.





No comments:
Post a Comment